Selasa, 13 Januari 2015

Jualan Buku Ini Meletup Gara-Gara Azam Baru Mark Zuckerberg

Berikutan dari pertanyaan Mark Zuckerberg terhadap cadangan azam baru beliau sebelum ini, akhirnya, Mark Zuckerberg telah mengambil keputusan dan berazam, mahu membaca sebuah buku baru pada setiap 2 minggu.
Apa yang menariknya, beliau juga telah membuat satu Fanpage baru di Facebook yang diberi nama “A Year Of Books” , khas untuk sesiapa yang ingin turut serta dan mengikuti cabaran membaca buku tersebut bersama-sama.
Baru sahaja beberapa hari diwujudkan, fanpage tersebut sudah mengumpul lebih daripada 200,000 like.
Buku pertama yang dicadangkan oleh Mark Zuckerbeg untuk dibaca ialah buku The End of Power tulisan Moisés Naím.
Sebaik sahaja buku ini dicadangkan oleh Mark Zuckerberg, jualan buku ini terus meningkat secara mendadak, dari kedudukan nombor 44,369 terus meningkat naik ke tangga ke-7 dalam carta Bestseller di Amazon.
Ini adalah suatu kempen yang sangat bagus di dalam menggalakkan orang ramai membaca.
Mungkin teknik yang sama boleh dilakukan di negara kita dengan pihak Perpustakaan Negara bekerjasama dengan golongan-golongan selebriti negara seperti para ustaz, para artis, ahli sukan, ahli perniagaan atau mungkin juga Perdana Menteri?.
sumber : wangcyber.com

Rabu, 7 Januari 2015

Cara-cara membeli online Yang Selamat

Orang sekarang ramai yang membeli barang di internet. Positifnya lebih mudah, jimat dan kurang tekanan. Tapi hehe ada juga website penipu dan ambil untung atas angin. . So kite mesti berwaspada dari menjadi mangsa penipu cyber nih. Biasalah zaman la ni semua orang nak untung cepat.
Hari ni saya nak kongsi tips tentang bagaimana membeli produk di internet dan bagaimana untuk meneliti sesuatu website atau penjual online sebelum anda membuat apa-apa urusan jualbeli dengan mereka.
Tips 1 : Check Website Jualan
Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian, lihat website tersebut. Jika website tersebut seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir banyak kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses menyiapkan websitenyya, atau mungkin juga website tersebut sudah tidak dipedulikan oleh pemiliknya.
Tips 2 : Cuba Hubungi Penjual
Ini tips yang paling mudah dan berkesan. Cari maklumat “contact” di website tersebut dan cuba hubungi mereka. Sama ada menerusi email, telefon ataupun sms. Website penipu dan tidak selamat adalah website yang menyembunyikan identiti diri atau syarikat. Biasanya sukar untuk kita dapatkan maklumat si penjual/pembuat blog sekiranya mereka adalah penipu cyber.
Tapi jika ada sila hubungi mereka samada call/sms/whatsapp/email untuk mengsahihkan kewujudan dan kerealan bisnes mereka.Tanyakan apa-apa soalan kepada mereka berkaitan dengan produk mereka.Jika mereka memberikan maklumbalas, itu satu tanda bahawa perniagaan mereka masih aktif dan berjalan. Jika tiada maklumblas setelah seminggu, ada kemungkinan mereka sudah tidak lagi aktif dan sudah tidak menjalankan perniagaan lagi.
Tips 3 : Dapatkan Review
Tanya rakan-rakan anda di facebook, ataupun orang lain di mana-mana forum samada mereka pernah mempunyai pengalaman membeli dari website tersebut. Jika OK, maka anda mungkin boleh meneruskan proses pembelian anda.
Tips 4 : Lihat Feedback.
Jika anda ingin membeli dari website ebay atau lelong sebagai contoh, ia lebih mudah buat anda kerana anda boleh melihat feedback pembeli-pembeli sebelumnya. Jika banyak komen positif yang diberikan, maka itu bermakna penjual tersebut boleh dipercayai dan in sha Allah urusan pembelian anda juga mungkin akan berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.
Tips 5 : Semak di Facebook
Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada website tersebut masih beroperasi atau tidak, anda boleh cuba lihat halaman fanpage mereka. Pada kebiasaannya, kebanyakkan website penjual akan linkkan website mereka dengan fanpage mereka. Jadi, cuba lihat fanpage tersebut, adakah fanpage mereka masih dikemaskini atau sudah lama tidak dikemaskini. Selain itu, anda juga boleh lihat komen-komen dari pelanggan yang sedia ada di fanpage tersebut. Pelanggan yang tidak berpuashati, selalunya akan cenderung untuk meninggalkan komen yang negatif ataupun komen yang bertanyakan tentang status pembelian mereka di fanpage.
Tips 6 : Hati-hati Dengan Harga Yang Terlalu Murah
Ini sering berlaku kepada produk-produk yang berbentuk “gadjet”. Jika anda melihat harga produk tersebut terlalu murah dari harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin produk tersebut sebenarnya adalah produk klon, atau mungkin, sebenarnya produk tersebut memang tidak wujud dan penjual tersebut memang semata-mata mahu menipu. Sebaik sahaja anda membuat bayaran kepada mereka, mereka akan menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan anda tidak akan terima sebarang produk dari mereka. Bagi penipu yang sedikit advance, mereka akan tetap poskan barang kepada anda dan memberikan anda kod tracking pos laju, tetapi apabila ianya sampai kepada anda, ianya hanya seketul batu atau sampah.
Tips 7 : Simpan Semua Bukti Pembelian, Sms dan Email
Jika anda tertipu dan ingin membuat laporan polis, semua bukti-bukti ini adalah penting dan boleh anda kemukakan kepada pihak polis. Jadi, simpan semua rekod yang ada, sama ada email-email yang anda hantar dan terima dari penjual, mahupun rekod-rekod perbualan anda di SMS dengan pihak penjual. Begitu juga dengan bukti pembayaran dan transaksi online, pastikan anda menyimpan rekod bagi setiap transaki bayaran yang anda jalankan.
Setakat ini alhamdulillah saya berjaya mendapatkan barang daripada website yang selamat. Produk diterima dalam 24jam selepas pembelian dibuat. Saya memamg sukar untuk mengklik jualan andai ade ciri2 di atas wujud. Dan yang paling ingin saya tekankan kepada anda yang mahu selamat dari scam/penipuan cyber adalah KENALI PENJUAL ANDA. Penjual yang telah membina empayar perniagaan yang stabil tidak mungkin menipu pelanggan.
Tips di atas juga adalah informasi yang saya dapatkan dari wangcyber.com dan ditulis oleh Wani. Terima kasih kepada Cik Wani. Akhir kata mudah2an kalian yang membaca tips ini terhindar dari menjadi mangsa penipu cyber..amin.. Terima kasih kerana sudi membaca.

Tips memulakan alam rumahtangga

Assalamualaikum.. Mesti ade adik2 kat luar sana yg tgh darah manis skg ni. Yelah mne tak manisnye asik2 senyum berangan kehidupan selepas menikah.
Sure hati tgh berbunga2 kan kan... tapi igt adik2 alam rumahtangga bukanlah selalunya menjanjikan putik2 cinta...kdg2 ade badai geloranya yg perlu kita lalui.
Sebelum kite menelusuri alam rumahtangga byknlah minta nasihat dan tunjuk ajar dari orang2 lama. Bak kata orang ilmu itu cahaya. Jadi elok kite kutip ilmu2 utk masuk alam perkahwinan sebelum kite melaluinya.
Okey ape2 pun saya ucapkan tahniah kepada bakal2 pengantin. Saya doakan majlis anda berjalan lancar dan bahgia hingga ke syurga..amin ya Allah
"Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim.. suburkanlah kasih sayang kami seperti kasihnya RasulMu terhadap Khadijah dan berkatkanlah pernikahan ini hingga hujung nyawa kami.. amin ya Robal a'lamin"

Selasa, 6 Januari 2015

PERCUMA EBOOK RAHSIA SOLAT

Assalamualaikum.. Saya nak kongsi ebook yang baru saya beli. Mudah2an ilmunya berguna untuk semua orang.. in shaa Allah amin.
Jadi sesiapa yang ingin dapatkan ebook ini harap dapat hantar alamat email kepada saya.
Emelkn kpd hanie_4@yahoo.com.
Kalo nak tau serba sedikit psl ebook ni boleh klik RahsiaSolat.com

Faedah/Kebaikkan beli ebook

Assalamualaikum.. Kenape kite beli ebook bukan buku...Ha tu dia soklan masa saya mula2 nak beli ebook. Dulu saya mmg agak sukar nak keluar duit sesuka ati tuk beli benda yg kurg faedahnye dlm hidup saya. So kalo terjumpe web suggest ebook mmg saya pangkah terus. Tapi disebabkn life skrg makin canggih bak kata orang teknologi takkan balik kampung..hehe. mana2 kite p mesti ade kemudahan internet. Tak kesah la kedai makan ke, shopping mall ke, rumah sewa ke, homestay ke n kat mne2 ajela. Pastu skrg langganan internet semakin murah.
ade satu kali tu saya sedang mencari bahan bacaan dan rujukan. Al maklumlah saya ni mmg hobi membaca. Masa tu nak ke kedai buku mmg agak payah sbb jauh dgn pejabat/rumah. Cam biasala godek2 kompiter carila bhn. Kuar la info yg dicr tapi dlm ebook.. Lama2 dok pkr.. Baca sket punya panjang preview content dia.. ermm menarik. Tgk harga agak mampu beli gakla..Last2 sy pun cuba beli. Wah xsampai bape jam dah dpt ebook dgn mukasurt setebal hmpir 100ms dgn harga 27hinggit. Memang berbaloi sungguh la. Alhamdulillah..
akhirnya saya mule buat konklusi byk juga kebaikkan beli ebook. Antaranya:
1) Mudah dibawa2 kemana2
Mane je kite pegi cukup hanya dgn sebuah komputer/laptop/tab/android phone dah boleh baca berjuta2 informasi dgn membuka ebook. Jadi tak perlu bawak buku2 yg berat2 hangkut kesana sini. Yg paling boring sekali kalo buku yg dihangkut tu hilang atau tercicir.
2) Senang digunakan sebagai rujukan
Alangkah bahagianya bile buat asignment hanya buka ebook amik tool COPY pastu Klik la PASTE pd asignment yg tgh disiapkan. Mudahnye la nak siapkn keje. Tak perlu la nak taip berjam2 lamenya.
3) Senang untuk berkongsi maklumat
Makin canggih dunia makin mudah nak buat kebaikkan. Beli buku biasanye kite simpan sebab sayang then mungkin nanti nak rujuk balik. Kalo share pun just informasi sket2 je dlm buku coz xigt/xsempat nak cite satu buku. Tapi ebook sekali beli boleh kongsi berjuta2 orang. Dahla bole simpan pastu boleh bg orang lak ebook tu. pergh kalo student lg senang tiap seorang beli ebook berbeza then kongsi beramai2..wow very good idea
4) Boleh dibukukan ikut gaya tersendiri
Dah dapat buka ebook printla ikut sukahati kita then nanti boleh buat koleksi.
5) Mudah disimpan
Buku2 yang baik memg akan disimpan selama-lamanya. Yelah sayang woo nak buang. Kalo ade rumah sdri bolah la nk simpan dalam almari tapi jaga2 takut sang lipas lak baca hehe. Tapi kalo rumah sewa,jenuh jugkla nak mengangkut kitab2 feveret tu yer. Kalo beli ebook tak perlula nak pyh2 pikr nak beli rak buku, nak jaga buku jgn diserang serangga. Beli baca dan simpan dalam CD/Externl hardisk. Tak pun keep je dalam folder inbox emel atau folder sendiri dlm emel.
Itulah serba sedikit info yang saya nak share dengan kawan2. Mudah2an ade manfaatnya. Kalo ade komen sila tulisan kat ulasan ye. Saya sedia mendgrnya.