Rabu, 7 Januari 2015

Cara-cara membeli online Yang Selamat

Orang sekarang ramai yang membeli barang di internet. Positifnya lebih mudah, jimat dan kurang tekanan. Tapi hehe ada juga website penipu dan ambil untung atas angin. . So kite mesti berwaspada dari menjadi mangsa penipu cyber nih. Biasalah zaman la ni semua orang nak untung cepat.
Hari ni saya nak kongsi tips tentang bagaimana membeli produk di internet dan bagaimana untuk meneliti sesuatu website atau penjual online sebelum anda membuat apa-apa urusan jualbeli dengan mereka.
Tips 1 : Check Website Jualan
Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian, lihat website tersebut. Jika website tersebut seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir banyak kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses menyiapkan websitenyya, atau mungkin juga website tersebut sudah tidak dipedulikan oleh pemiliknya.
Tips 2 : Cuba Hubungi Penjual
Ini tips yang paling mudah dan berkesan. Cari maklumat “contact” di website tersebut dan cuba hubungi mereka. Sama ada menerusi email, telefon ataupun sms. Website penipu dan tidak selamat adalah website yang menyembunyikan identiti diri atau syarikat. Biasanya sukar untuk kita dapatkan maklumat si penjual/pembuat blog sekiranya mereka adalah penipu cyber.
Tapi jika ada sila hubungi mereka samada call/sms/whatsapp/email untuk mengsahihkan kewujudan dan kerealan bisnes mereka.Tanyakan apa-apa soalan kepada mereka berkaitan dengan produk mereka.Jika mereka memberikan maklumbalas, itu satu tanda bahawa perniagaan mereka masih aktif dan berjalan. Jika tiada maklumblas setelah seminggu, ada kemungkinan mereka sudah tidak lagi aktif dan sudah tidak menjalankan perniagaan lagi.
Tips 3 : Dapatkan Review
Tanya rakan-rakan anda di facebook, ataupun orang lain di mana-mana forum samada mereka pernah mempunyai pengalaman membeli dari website tersebut. Jika OK, maka anda mungkin boleh meneruskan proses pembelian anda.
Tips 4 : Lihat Feedback.
Jika anda ingin membeli dari website ebay atau lelong sebagai contoh, ia lebih mudah buat anda kerana anda boleh melihat feedback pembeli-pembeli sebelumnya. Jika banyak komen positif yang diberikan, maka itu bermakna penjual tersebut boleh dipercayai dan in sha Allah urusan pembelian anda juga mungkin akan berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.
Tips 5 : Semak di Facebook
Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada website tersebut masih beroperasi atau tidak, anda boleh cuba lihat halaman fanpage mereka. Pada kebiasaannya, kebanyakkan website penjual akan linkkan website mereka dengan fanpage mereka. Jadi, cuba lihat fanpage tersebut, adakah fanpage mereka masih dikemaskini atau sudah lama tidak dikemaskini. Selain itu, anda juga boleh lihat komen-komen dari pelanggan yang sedia ada di fanpage tersebut. Pelanggan yang tidak berpuashati, selalunya akan cenderung untuk meninggalkan komen yang negatif ataupun komen yang bertanyakan tentang status pembelian mereka di fanpage.
Tips 6 : Hati-hati Dengan Harga Yang Terlalu Murah
Ini sering berlaku kepada produk-produk yang berbentuk “gadjet”. Jika anda melihat harga produk tersebut terlalu murah dari harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin produk tersebut sebenarnya adalah produk klon, atau mungkin, sebenarnya produk tersebut memang tidak wujud dan penjual tersebut memang semata-mata mahu menipu. Sebaik sahaja anda membuat bayaran kepada mereka, mereka akan menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan anda tidak akan terima sebarang produk dari mereka. Bagi penipu yang sedikit advance, mereka akan tetap poskan barang kepada anda dan memberikan anda kod tracking pos laju, tetapi apabila ianya sampai kepada anda, ianya hanya seketul batu atau sampah.
Tips 7 : Simpan Semua Bukti Pembelian, Sms dan Email
Jika anda tertipu dan ingin membuat laporan polis, semua bukti-bukti ini adalah penting dan boleh anda kemukakan kepada pihak polis. Jadi, simpan semua rekod yang ada, sama ada email-email yang anda hantar dan terima dari penjual, mahupun rekod-rekod perbualan anda di SMS dengan pihak penjual. Begitu juga dengan bukti pembayaran dan transaksi online, pastikan anda menyimpan rekod bagi setiap transaki bayaran yang anda jalankan.
Setakat ini alhamdulillah saya berjaya mendapatkan barang daripada website yang selamat. Produk diterima dalam 24jam selepas pembelian dibuat. Saya memamg sukar untuk mengklik jualan andai ade ciri2 di atas wujud. Dan yang paling ingin saya tekankan kepada anda yang mahu selamat dari scam/penipuan cyber adalah KENALI PENJUAL ANDA. Penjual yang telah membina empayar perniagaan yang stabil tidak mungkin menipu pelanggan.
Tips di atas juga adalah informasi yang saya dapatkan dari wangcyber.com dan ditulis oleh Wani. Terima kasih kepada Cik Wani. Akhir kata mudah2an kalian yang membaca tips ini terhindar dari menjadi mangsa penipu cyber..amin.. Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan