Selasa, 13 Januari 2015

Jualan Buku Ini Meletup Gara-Gara Azam Baru Mark Zuckerberg

Berikutan dari pertanyaan Mark Zuckerberg terhadap cadangan azam baru beliau sebelum ini, akhirnya, Mark Zuckerberg telah mengambil keputusan dan berazam, mahu membaca sebuah buku baru pada setiap 2 minggu.
Apa yang menariknya, beliau juga telah membuat satu Fanpage baru di Facebook yang diberi nama “A Year Of Books” , khas untuk sesiapa yang ingin turut serta dan mengikuti cabaran membaca buku tersebut bersama-sama.
Baru sahaja beberapa hari diwujudkan, fanpage tersebut sudah mengumpul lebih daripada 200,000 like.
Buku pertama yang dicadangkan oleh Mark Zuckerbeg untuk dibaca ialah buku The End of Power tulisan Moisés Naím.
Sebaik sahaja buku ini dicadangkan oleh Mark Zuckerberg, jualan buku ini terus meningkat secara mendadak, dari kedudukan nombor 44,369 terus meningkat naik ke tangga ke-7 dalam carta Bestseller di Amazon.
Ini adalah suatu kempen yang sangat bagus di dalam menggalakkan orang ramai membaca.
Mungkin teknik yang sama boleh dilakukan di negara kita dengan pihak Perpustakaan Negara bekerjasama dengan golongan-golongan selebriti negara seperti para ustaz, para artis, ahli sukan, ahli perniagaan atau mungkin juga Perdana Menteri?.
sumber : wangcyber.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan